In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful
Packcik Surau . Heh . Its happened at Hospital Raja Permaisuri Bainun , Ipoh , 24 Disember 2015.
Masih segar dalam ingatan aku hal itu and this entri just for ingatan buat diri kita yang lupa nih.
_______________________________________________________________
Waktu Subuh . Surau HRPB tingkat !
"nak, dah solat?"
Mmm. belum lagi pakcik . hehe
"hah. gi lah solat . mohon doa bebanyak . Mintakkan kesembuhan pada diri
ayah tu (dah dimaklumkan masalah). Orang datang kat sini semua mohon doa dari Allah"
"Pakcik kan, dah sebulan kat sini , mula masuk haritu gastrik, sekarang dah berkait ke lain pulak. Macam-macam pakcik dah rase. Masuk tiub dalam hidung. Hah. Tuh , tiub tuh besar besi tuh"
tunjukkan pada besi penyangkut baju
"Tapi kan pakcik bukan nak kata ape, pakcik mohon je dari Allah . Mintakkan keredhaanNya."
"Kalau nak diceritakan, tengah hari tadi 12.55 tadi, orang sebelah pakcik meninggal dah. Badannya elok aje. Tegap . kalau ditengok tuh , lama je rase boleh hidupnya. Baru aje semalam menyembang-nyembang ngan dia. Tup-tup tiba-tiba udah meninggal. Innalillahhi wa inna ilaihirajiun. "
"Berbeza pulak dengan orang lain, acik tengok ade yang dah kritikal. Cucuk itu, cucuk ini. Pasang itu, pasang ini. Senang kate , udoh tak lama lah. Tapi tgok dia jugak yang pergi dulu."
"Ade satu situasi tuh dik, acik nyembang2 ngan orang tuanya. Mak ayah nya dah putus asa dah. Pakcik tak mampu cakap apalah. Cuma mampu cakap ,
Kita ini milik Dia, Dia yang mengaturkan segalanya. Mohonlah padanya. Dia tahu semuanya."
__________________________________________________________________
Jadi kat sini, kita nih manusia tak pernah tau bila ajal kita.
Tak semestinya orang yang dah tempang , kudung kaki dipotong sebab diabetes melitus tuh pergi dulu, Mungkin kita yang pergi dulu. Ajal tuh tak pernah nak kira, dah baligh ker? , dah sunat ker?, dah umor 70 puloh ke? tak pernah.
Bila ajal tu dah sampai , maka diangkatlah roh kita ke langit jumpa akan pencipta empunya diri.
Segalanya Allah dah tetapkan.
Segalanya Allah dah tetapkan.
Diceritakan betapa sakitnya sakaratulmaut nih , ibarat seperti seekor kambing biri-biri yang disiat kulitnya lalu ditarik sehingga cabut. Huh. Nabi Muhammad pun terasa perit menempuhinya. Inikan kita yang banyak dosa nih.
Tapi!
Janganlah pulak pernah berasa putus asa dan kecewa.
"hah, udoh ler. Dah dapat sakit ini nak buat camane. Tempuh ajer."
"haih. Malas nak pikir dah. Segalanya Allah dah tetapkan."
Heh.
Lemah sungguh kita dalam menempuh kehidupan nih seandainya kita cakap macam tuh.
Usaha lah sikit. Macam-macam kita boleh. Pamoga kan ado, Jus Nusantara , ExtraJoss. heh.? Usahalah tuh.
Ingat ya, kita dilahirkan didunia nih bukanlah sekadar berfoya-foya, nak goyang dumang ajer.
Biarlah hidup kita seronoknya, berpatutan . Nabi jugak berseronok . tak salah. Tapi,......
mmmmm..
Flashback balik cuti nih. One month, senang cerita.
Ape yang kita buat?
Ape yang kita buat?
Adakah sebulan nih , kita dah berjaya menjadi seorang hero yang dah dapat melawan nafsu.?
Atau ,
Adakah kita hanyalah seorang yang Pak turut kepada nafsu?
Adakah cuti nih?
Kita ade berbakti pada ibu ayah kita? atau
kita penuh and luangkan masa kita dengan phone and laptop yang bagaikan ibu ayah kita yang kita tatangkan bagai minyak yang penuh ? Sehinggakan lupa tanggungjawab kita kepada ibu ayah kandung kita.
"Eman!! tolong ibu nih jap. Capaikan susu kat atas kabinet nih. Tak sampai lah. Kamu tinggi sikit."
"Aish! Kejap bu!! Tengah wasap ngan kawan nih"
2minit kemudian.
"Muhamad Aiman! cepatlah tolong ibu nih. Ibu nak bancuh susu nih"
"Ish !! Menyusahkan jer orang tua nih. Amik sendiri lah. aduh"
Hmm. Lepastu buat pon dengan hati tak ikhlas. and ditambah lagi dengan ibu kita pon dengar kita balas macam tuh. Ingat tak kecik hati ke ibu kita tuh. Seorang yang dah merangkui kita 9 bulan yang berat kita bertambah tuh. Yang dah susukan kita . yang dah jaga kita sampai kita besar nih . Hadiahkan macam-macam, laptop, bear, baju, handphone.
But lastly, tade ape yang dia dapat dari pelaburan tuh. Yang dia dapat hanyalah seorang anak yang kurang ajar , derhaka , tatau adab.
Ingat! Bila menitis air mata seorang ibu itu kerana anaknya yang biadap. Maka diangkatlah statusnya kepada seorang anak derhaka.
Redha Allah itu terletak pada redha ibu bapa.
Fullstop.
Aku, tanak tulis panjang-panjang and membuatkan para reader bosan. Namun , tolonglah. Muhasabah diri pinjaman Allah nih balik. Mak ayah kita dah tak lama dah. Bila-bila je boleh pergi tinggalkan kita . Jangan sampai bila dah terkaku jasad depe. dah terpejam mata depe. kita baru sibuk nak mohon maaf . Waktu tuh takde dah kesempatan untuk kome. Kalau waktu tuh baru kome nak sedar akan apa yang aku sampaikan . Mmm. tadelah waktu untuk kome brbakti pada mak ayah kome.
Mmm. baiklah mohon maaf seandainya ada kekhilafan diri ini
Segalanya datang dari Allah.
yang baik mahupun yang buruk.
Moga kita digolongkan dalam golongan yang diredhai oleh Allah.