Small Cute Bright Pink Pointer

Thursday 24 December 2015

Pakcik Surau

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful

Packcik Surau . Heh . Its happened at Hospital Raja Permaisuri Bainun , Ipoh , 24 Disember 2015.
Masih segar dalam ingatan aku hal itu and this entri just for ingatan buat diri kita yang lupa nih.

_______________________________________________________________

Waktu Subuh . Surau HRPB tingkat !

"nak, dah solat?"
 Mmm. belum lagi pakcik . hehe
"hah. gi lah solat . mohon doa bebanyak . Mintakkan kesembuhan pada diri
 ayah tu (dah dimaklumkan masalah). Orang datang kat sini semua mohon doa dari Allah"
"Pakcik kan, dah sebulan kat sini , mula masuk haritu gastrik, sekarang dah berkait ke lain pulak. Macam-macam pakcik dah rase. Masuk tiub dalam hidung. Hah. Tuh , tiub tuh besar besi tuh"
tunjukkan pada besi penyangkut baju

"Tapi kan pakcik bukan nak kata ape, pakcik mohon je dari Allah . Mintakkan keredhaanNya."
"Kalau nak diceritakan, tengah hari tadi 12.55 tadi, orang sebelah pakcik meninggal dah. Badannya elok aje. Tegap . kalau ditengok tuh , lama je rase boleh hidupnya. Baru aje semalam menyembang-nyembang ngan dia. Tup-tup tiba-tiba udah meninggal. Innalillahhi wa inna ilaihirajiun. "

"Berbeza pulak dengan orang lain, acik tengok  ade yang dah kritikal. Cucuk itu, cucuk ini. Pasang itu, pasang ini. Senang kate , udoh tak lama lah. Tapi tgok dia jugak yang pergi dulu."

"Ade satu situasi tuh dik, acik nyembang2 ngan orang tuanya. Mak ayah nya dah putus asa dah. Pakcik tak mampu cakap apalah. Cuma mampu cakap ,

Kita ini milik Dia, Dia yang mengaturkan segalanya. Mohonlah padanya. Dia tahu semuanya."

__________________________________________________________________

Jadi kat sini, kita nih manusia tak pernah tau bila ajal kita.
 Tak semestinya orang yang dah tempang , kudung kaki dipotong sebab diabetes melitus tuh pergi dulu, Mungkin kita yang pergi dulu. Ajal tuh tak pernah nak kira, dah baligh ker? , dah sunat ker?, dah umor 70 puloh ke? tak pernah.

Bila ajal tu dah sampai , maka diangkatlah roh kita ke langit jumpa akan pencipta empunya diri.
Segalanya Allah dah tetapkan. 
Diceritakan betapa sakitnya sakaratulmaut nih , ibarat seperti seekor kambing biri-biri yang disiat kulitnya lalu ditarik sehingga cabut. Huh. Nabi Muhammad pun terasa perit menempuhinya. Inikan kita yang banyak dosa nih.
Tapi! 

Janganlah pulak pernah berasa putus asa dan kecewa.
"hah, udoh ler. Dah dapat sakit ini nak buat camane. Tempuh ajer."
"haih. Malas nak pikir dah. Segalanya Allah dah tetapkan."

Heh.
Lemah sungguh kita dalam menempuh kehidupan nih seandainya kita cakap macam tuh. 
Usaha lah sikit. Macam-macam kita boleh. Pamoga kan ado, Jus Nusantara , ExtraJoss. heh.? Usahalah tuh. 

Ingat ya, kita dilahirkan didunia nih bukanlah sekadar berfoya-foya, nak goyang dumang ajer. 
Biarlah hidup kita seronoknya, berpatutan . Nabi jugak berseronok . tak salah. Tapi,......
mmmmm..

Flashback balik cuti nih. One month, senang cerita.
Ape yang kita buat?
Adakah sebulan nih , kita dah berjaya menjadi seorang hero yang dah dapat melawan nafsu.?
Atau ,
Adakah kita hanyalah seorang yang Pak turut kepada nafsu?

Adakah cuti nih?
Kita ade berbakti pada ibu ayah kita? atau 
kita penuh and luangkan masa kita dengan phone and laptop yang bagaikan ibu ayah kita yang kita tatangkan bagai minyak yang penuh ? Sehinggakan lupa tanggungjawab kita kepada ibu ayah kandung kita. 

"Eman!! tolong ibu nih jap. Capaikan susu kat atas kabinet nih. Tak sampai lah. Kamu tinggi sikit."
"Aish! Kejap bu!! Tengah wasap ngan kawan nih"
2minit kemudian.
"Muhamad Aiman! cepatlah tolong ibu nih. Ibu nak bancuh susu nih"
"Ish !! Menyusahkan jer orang tua nih. Amik sendiri lah. aduh"

Hmm. Lepastu buat pon dengan hati tak ikhlas. and ditambah lagi dengan ibu kita pon dengar kita balas macam tuh. Ingat tak kecik hati ke ibu kita tuh. Seorang yang dah merangkui kita 9 bulan yang berat kita bertambah tuh. Yang dah susukan kita . yang dah jaga kita sampai kita besar nih . Hadiahkan macam-macam, laptop, bear, baju, handphone. 
But lastly, tade ape yang dia dapat dari pelaburan tuh. Yang dia dapat hanyalah seorang anak yang kurang ajar , derhaka , tatau adab. 
Ingat! Bila menitis air mata seorang ibu itu kerana anaknya yang biadap. Maka diangkatlah statusnya kepada seorang anak derhaka.
Redha Allah itu terletak pada redha ibu bapa.

Fullstop.

Aku, tanak tulis panjang-panjang and membuatkan para reader bosan. Namun , tolonglah. Muhasabah diri pinjaman Allah nih balik. Mak ayah kita dah tak lama dah. Bila-bila je boleh pergi tinggalkan kita . Jangan sampai bila dah terkaku jasad depe. dah terpejam mata depe. kita baru sibuk nak mohon maaf . Waktu tuh takde dah kesempatan untuk kome. Kalau waktu tuh baru kome nak sedar akan apa yang aku sampaikan . Mmm. tadelah waktu untuk kome brbakti pada mak ayah kome.

Mmm. baiklah mohon maaf seandainya ada kekhilafan diri ini
Segalanya datang dari Allah.
yang baik mahupun yang buruk.

Moga kita digolongkan dalam golongan yang diredhai oleh Allah.

Monday 14 December 2015

Nur

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful

Ehehm. Based on title tuh sound like nak deskraib seorang budak perempuan tu je. Hehe. Sebenarnya , based on that title I got one idea yang duk melegar-legar dalam otok nih. Teringin nak kongsi ngan readers about one activity that I had through. CAHAYA

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku masuk ke dalam masjid . Sebatang lilin tercacak di tengah-tengah masjid. 
Jam tepat menunjukkan pukul 4.30 pagi.  
"Apakah aktiviti untuk malam nih?"

"Dik, abang nak kome semua kelilingi lilin nih
Okeh? sekarang abang nak kome semua pejamkan mata dan jujur dengan  segala apa yang abang nak tanye nih. Kalau rase buat . Mengaku je."

Then , kami semua close our eyes . and hear what he want to say.
"Dik, siapa rasa dia ada tinggalkan solat, undur ke belakang 10 langkah."

Maka, aku jujurkan diri. Aku bergerak.

"Dik, siapa yang ada pernah engkar ataupun kurang ajar ngan mak ayah, undur 5 langkah"

Aku undur lagi. dan terus dan terus.
Soalan kian bertambah. dan undur ku ke belakang juga semakin bertambah.

Lastly, kita rumuskan, 
"okeh dik, bukak pembalut mata tuh. n see apa yg kat depan kome tuh. "

"Sebatang lilin bang."

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Then? What the moral?

And kome tau, bila aku bukak mata tika itu. aku dah berada jauh dah dari cahaya tuh.
 Keliling aku gelap . Semakin banyak soalan ditanya semakin aku jauh.
Semakin aku jauh , semakin aku lemah dan pandangan aku pudar,
Aku tak nampak hala tuju.
Yang aku nampak , lilin tu jauh dari pandangan aku. dan,
aku hanya dapat sinar cahaya yang samar-samar je.


Okeh, 
See, Actually, Lilin tuh dia diibaratkan dengan rahmat Allah. Hidayah Allah.
n soalan tuh ofkos la segala dosa-dosa kita. 
So, sama macam kita. semakin banyak dosa kita, semakin jauh kita dari rahmat dn hidayahNya.
Semakin jauh kita dengan Allah.
 Rahmat pun dapat sipi-sipi je. Yang diutamakan adalah yang paling dekat dengan nya

Jadi, apa tindakan kita? 

"Wallahu ghafurru rrahim"
-Allah itu maha pengampun lagi maha mengasihani-

Kita memang tak pernah lepas dari dosa, tapi 
Adakah kita akan  terus melakukan dosa.?
dan
Tak pernah nak tebusi segala dosa kita

Allah bagi peluang pada kita saban hari. Allah bangunkan kita pada setiap hari.
Alhamdulillah, 
namun, adakah waktu yang Allah bagikan pada kita tuh kita gunakan untuknya. ?

Sedangkan nak Istighfar 3 kali lepas solat pun tak sempat,
Nak mohon doa lepas solat pun tak sempat,
Sanggup lagi berkejarkan FB notification yang kome duk mengadap sepanjang hari tak henti.
sanggup lagi kejarkan coc yang ready ditrain tuh. heh

Tak cukupkah 24jam Allah bagi kat kita?

Nak Allah bagi bape jam lagi untuk kome siakan.?
So, Renungkan bersama. 
Allah menyukai hambanya yang sentiasa memohon keampunan kepadaNya.

kalau difikirkan . buat n mengaku lebih bagus daripada buat tapi buat taktahu.
Tak susah pun, cukuplah Istighfar maka terhapuslah dosa-dosa kecil kita. InsyaAllah,

Mohon maaf dari diri yang tak sempurna ini. Saya pun masih dalam keadaan yang sentiasa melakukan dosa. Terimalah dengan dengan hati yang terbuka. Kerana takkan tersebar ilmu tuh jika saya takut untuk sebarkan. Maaf seandainya saya melakukan kekhilafan. 
Tegurlah jika diri ini lari dari landasanNya,

"Aku mencari
 cinta mu dalam hati ku yang
 merindukan 
kasihmu limpah 
padaku 
mendamba redhaMu."

Yang Baik dari Allah,
Yang Lemah itu juga dari Allah , namun 
disandarkan pada Diri saya yang 
lemah dan hina ini.

Thursday 10 December 2015

Ya Muallim.

In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful

Okeh, we continue story from last entry . Hah . Kita flashback balik .
Cerita ending story lepas tu terhenti kat Imam Syafiee tekun menuntut ilmu , menghafal kitab penulisan nya dan berbagai lagi kan? So, sambungan die , ada satu ketika . Iaitu tatkala Imam As-Syafiee menjadi mufti dan penceritaannya adalah ....


Suatu ketika sedang angin sepoi-sepoi bahasa . permandangan indah di mata . Imam As-Syafiee memberikan tazkirah/ ceramah di sebuah masjid . Sedang asyik beliau menyampaikan ilmu , tiba -tiba Imam As-Syafiee ternampak seorang orang tua yang buruk rupa parasnya laku seperti pengemis masuk kedalam masjid tersebut lalu duduk di belakang bucu masjid dan mendengar tazkirah Imam As-Syafiee. Kemudian , dengan pantasnya setelah orang tua itu masuk , Imam As-Syafiee bangun dari tempat duduknya dan
memberikan tunduk hormat kepadanya. 

Sementelahan itu, *peh   bangun seorang pemuda yang mengikuti majlis itu lalu berkata kepada
Imam As-Syafiee.
"Wahai guruku , mengapakah kau memberikan tunduk hormat kepada lelaki tua hina itu?
Tahukah kau siapakah dia?"

Dengan nada sinis pemuda itu bertanya.
Imam As-Syafiee tersenyum. Namun kemudian pemuda itu menambah lagi.

" Lelaki yang kau tundukkan hormat itu adalah seorang bekas ketua perompak! Mengapakah harus kau yang mulia menundukkan hormat kepadanya."

Setelah mendengar penjelasan pemuda itu tadi . 

Imam Syafiee pun berkata .
" Janganlah kau menghina dirinya . Kalau tak kerana si dia , aku takkan menjadi seorang yang berilmu dan sampai ke tahap ini . Dialah yang mengingatkan diriku bahawa 
-Ilmu itu pada dada bukan pada kitab-
"


Peh . Subhanallah . Tengok , betapa mantapnya , hebat nye, Excellentnya akhlak budi pekerti Imam As-Syafiee.Kalau lah kita ditempatnya ? Hah . kalau saya , saya suka kaitkan dengan hidup kita sendiri . 
'
Okeh , kita amik la contoh simple la.
 . Misalnya guru kita seorang tuh,  yang fuh. marahnya , tengkingnya , mengalahkan raja rimba . Sekali mengaum kedengaran ke pondok guard . 

"Aik , sejak bila sekolah nih bela rimau LeeSang?"tanya guard 
baru kepada guard legend. *eheh 

Hah . dan pulak cikgu tu ajar kita . and nak dijadikan cerita kena la sekali maki hamun ngan dia sebab ta siap copy of essay . *contoh* Dimarahnya , fuh sekali pengetua kat bilik terkejut. 

So? Apa reaction kita?

"Dia ingat dia hebat sangat nak maki-maki essay aku! Pi mati la!"
"Heh . Bodoh betul cikgu tuh . Dah kempunan nak mampos agaknya."
"Dia nih pesal ? #$#% btul la."
"Arghh.. Siap tayar kereta orang tua tuh. Aku pecahkan bior tokleh balik."

Mmm? 
Kita tak penah  nak think apa baiknya. What we know adalah judge dia . Orang tu teruk , orang nih teruk . 
Diri kita nih? Da abis PERFECT la?

I remember one quote nih. In Malay lah.
" Jangan buat perkara yang kamu tak suka kepada orang lain sebab orang lain
juga tak sukakan perkara tuh"

So, pasnih. even cikgu o sesape je yg limpahkan ilmu kat kita tu macam hell mane sekali pun .
Amik kebaikan bukan keburukan dia . Dia perangai mcam mana sekalipun, kalau kita maki-maki dia , pahala yang dia hilang sebab marah tu datang balik bergolek-golek . plus Ilmu yang dia limpahkan kat kome langsung 
TAK BERKAT .
paham? ulangan?

TAK BERKAT. 

So? take easy. Keberkatan ilmu itulah yang akan mendorong kejayaan kita . 

HABLUMMINALLAH. WA .HABLUMMINANNAS

ape kobondonya tu eh chek kak oih?

It means , jga hubungan dengan Allah dan jaga hubungan dengan 
MANUSIA.. 
So?after this . Ampunkan segala kesalahan si dia . juga mohon keampunan dari nya.

 keberkatan ilmu itu terletak pada guru yang mengajar .

mungkin korang lampi nak mampos in Addmath sbb korang selalu kutuk belakang or else. eheh. 
MUNGKIN.  
okeh? segala yang diajar olehnya langsung tak dapat diserap dalam othok. tu ada sesetengah pelajar yang mengalami blank . hah . lupelah . ape lah in Exam.  last2 tak jawab.
Pernah Alami? pikir-pikirkanlah.

Bayangkanlah ,

 kalau tak kerana dia yang mengajar kita Impuls
 mungkin sudah patah kaki kita sebab salah mendarat lompat jauh. 

kalau tak kerana dia yang mengajar tatabahasa
 mungkin sudah hilang diri berbahasa dalam diri ini.

kalau tak kerana dia yang memarah kita sebab tak siap Copy of Essay
 mana mungkin kita da sehebat begini membuat blog in English . Peh.

mm.
 Kalau tak kerana dia yang mengajar  erti bahtera kasih in Sivik Kewarganegaraan
 mungkin sudah roboh bahtera yang dibina. eheh.

And. 

Kalau tak kerana dia. ....

Eheh. pandai-pandai la tambah lagi . Banyak lagi kalau nak disambung.

So, In the nutshell. sentiasalah memotivasikan diri dan muhasabah kembali.



Yang Baik dari Allah,
Yang Lemah itu juga dari Allah , namun 
disandarkan pada Diri saya yang 
lemah dan hina ini.


Al-Alim wa Al-Kazib

In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful

.AssalamualaikumMmm. Aku ta banyak sangat experience dalam dunia blogging and dunia dakwah nih. So, ape yg boleh dikongsi, kita kongsikan bersama.Okeh, BTW, kalau tengokkan kat tajuk atas nih, Apa dia kata ,Ilmu?Hah . Sebonanya , eden nih nak share satu cerita yang ketika mana saya dapat dari Kompleks Tarbiyyah Raudhatul Jannah. Hal ini berkaitan tentang Imam As-Syafiee,        Once upon a time , Imam As-Syafiee mengikut rombongan saudagar menuju ke Syams, tak silap lah. Maaf. Then , ketika dalam perjalanan , tiba-tiba, rombongan mereka diserang oleh perompakII . Ketika itu , segala wang , emas, perhiasan, pakaian, dan apaII je barang berharga dirampok. hhehe. Sedang perompakII itu asyik menjalankan amanah mereka . Mereka ternampak Imam As-Syafiee.Seraya berkata.,"Hey kau anak muda. Serahkan begmu itu ."Lalu Imam As-Syafiee menbalas


."Tiada apaII yang berada dalam beg ku ini. Ia hanyalah kitabII pengajian ku."

Maka, perompak semua pun terdiam . Mereka merasakan bahawa tiada apa keperluan untuk mereka mengambil kitab tersebut sehinggalah tiba seorang perompak selaku ketua bersuara,

"Berikan begmu itu atau akan ku bunuh mu"
Jawab Imam As-Syafiee
"Sekiranya kamu mengambil beg ku ini, maka tiada apalah lagi buat ku.
 Segala Ilmuku bersandarkannya"

Perompak itu pun merampasnya, lalu pulang membawa segala hasil pencarian mereka.
Namun begitu, sebelum mereka pulang . Ketua maling itu berkata kepada Al Imam As-Syafiee,

"Al-Ilmu fiSsudhur , la Fi Sutur"

Ma ma'na?
 
Ilmu itu pada hati , pada jiwa, bukan pada kitab.

Hah . Peh . Hebat betul perampok itu berkata.

*back to the story*

    Sejak kejadian tersebut, Imam As-Syafiee mula belajar  dengan  sehabis baik. Dia menghafal segala kitabII yang pernah dipelajarinya dahulu . Dia mengiakan apa yang dikatakan oleh ketua perompak itu. Sehinggalah dia diangkat menjadi seorang Imam Besar di kotanya .Subhanallah . Betapa hebatnya beliau. 



So?
Moral of the story. Percayalah .Tak rugi  seandainya kita mengambil apa yang baik dari orang . Situation dia sama lah macam kita , pabila kita ditegur oleh sesorang yang lebih junior dri kita *contoh* , Kita akan marah, maki hamun dia. Padahal dia tegur bende yang betul.

"Kau pehal? Nak tegur aku sesedap mulut kau jeh. Kaki tu da kebal ke ? Teringin nak patah? Sedar skit kau cakap ngan sape.!"

Kan? Bayangkanlah , seandainya tak dirompak dan dikatakan sebegitu terhadap Imam As-Syafiee , mungkin beliau akan tetap dengan kitab nya dan sampai masa buku tu pun reput . Dan bila mana berlakunya bende tu, 
Fuh!
.Subhanallah.
Semua kitab dia hafal pastu. Mantap . Sehingga beliau merupakan Imam Mazhab yang terkemuka . Kan?

-,-

Heh . So . It not the end of the story . ade sambungan nye . Maafkan saya seandainya ada salah silap dalam penceritaan ini . Bagi yang lebih berilmu , mohon ditegur seandainya ada kekhilafan .

Yang Baik dari Allah,
Yang Lemah itu juga dari Allah , namun 
disandarkan pada Diri saya yang 
lemah dan hina ini.