Small Cute Bright Pink Pointer

Thursday 14 September 2017

Uniform Putih

Okay , Bismillah.



 * sumber dewan bahasa dan pustaka , ehehe


Medic. Nurse. Doktor Pakar. Dentist  and bla bla bla.
Its one of my dreams yang aku rasa takkan pernah kesampaian smpai bila-bila. Suatu profesion yang sangat berat sehinggakan aku tahu , apa yang Allah nak bagi sekarang ni adalah yang terbaik. Pengganti bagi medic, Environment Health.  Yaa. Safety Officer plus Lecturer to be. InsyaAllah , doakan
:)

                So, actually bukan part studies aku yang nak aku kongsikan , tapi its more mengenai orang-orang yang digelar , pemakai "Uniform Putih" atas tu.

Suatu ketika dulu, aku memang sangat lah obses with profesion ni. Smpaikan kononnya, dengan A biology subject, aku boleh la jadi doctor . haha . zaman apakah. Buku reference bio tu , tak pernah lokek lekang dri tangan . punyalah osem . tapi ,last smpailah keputusan SPM yang beshe beshe je keluar . and UPU yang beshe beshe je keluar. Tak dapat la further ke bidang tu. dan bermacam macam la peristiwa yang malas aku nk sembangkan. Senang cerita, takde rezeki, dan ada hikmah tersendiri. 
 Kenapa aku sangat obsess ngan medic ni? Sbb pada aku , we sememangnya plus patut plus mesti *rosak bm* sanjung mereka-mereka pemakai uniform putih ni.

Why?

Sebab mereka nilah antara insan yang paling sabar dengan hidup mereka. Misi dan visi mereka tetap satu . Berbakti . Andai katalah kita fikirkan en, study yang orang kata paling lifeless and macam mayat hidup adalah antara nya course nilah. SPM punya pulun nk dapat stret A plusplus. Pastu, kot kalau dari matriks pulak. Pulun nak dapat 4 flat sebab nak bersaing ngan ramai org termasuklah orang Cina , India dan Melayu esp sbbkan nak jadi doctor o sbagainya tu. Lepastu , dah masuk uni life pulak, korang ingat diorang study goyang kaki je ke? Haha. Dioranglah yang berstruggle utk 4 flat dan dean list sebagainya. Mata? Takyah sembang ah , panda eyes , eyebag tu , student medic dan seangkatan itu ler.  Punyalah struggle. Itulah member-member aku. haha

But then, bila dah fresh graduate , struggle pulak nak kerja. Huh demand semua cukup cukup. Lepasan medic yang pointer bese bese igt senang ke dapat kerja? Sorila. Orang tak pandang nak amik kau kerja doo.  Orang nak yg skillful , tau serba serbi, pointer padu, dan sebagainya. Then  bila dah dapat kerja, itu bukan syurga bagi mereka , mereka masih lagi memegang misi. On call , rawat patient, operation , bla bla dan bla bla . Korang bayangkan macam mana hidup para doktor, dri kecik sampai mereka mati. Mereka struggle., betapa tabahnya hidup mereka.
Dan,  Actually apa yang mereka struggle? , sebenarnya mereka struggle utk berbakti kepada orang ramai. Lihatlah, kalau kita pegi hospital,  yang masih sibuk kat hospital tu adalah doctor jugak. Patient berbaring di atas katil putih yang empuk itu. huh . dan andai kata kalau mereka silap sikit waktu operate atau malas apanya, matilah patient. Babai ler. Haha.
Mereka tekun dengan hidup mereka.  So, itulah penyanjungan tinggi aku kat mereka. So, bila aku pergi hospital tu, lepak situ, lawat pesakit situ , tgok ayh o sesapa masuk hospital. Aku terasa aku terhutang dengan doktor . Pengorbanan mereka pemakai “uniform putih” tu sangat lah besar kepada masyarakat.

                Actually , aku buat entri ni bukanlah kerana aku ni seorang doktor , tapi adalah dri pandangan dan pengalaman aku . bila hidup dulu , punyalah struggle nak jadi Doktor. But Allah, lorongkan ke jalan yang lain. Allah tahu mana yang paling paling terbaik. Ingat satu benda kawan-kawan, dalam kita sibuk merancang , Allah juga ada perancangan dia utk kita. so, bila apa yang kita nak tu tak dapat, rileks. sebabnya, ada hikmah  dan sebaik-baik perancang itu adalah Dia. 
Okay sambung seterusnya, sebenarnya kan , kita tak perlu pun nak  kena jadi doktor dulu, doktor gigi, pegawai tinggi, menteri walhal kita tak perlu pun nak kena jadi polis , o jadi lain lain profesion yang  nmpk hebat pada pandangan semua org yg kita ini macam penyumbang dan pembawa wangi kepada masyarakat dan agama. tetapi , cukup kita ada pada tempat kita dan apa yang seadanya.
Andai kata kita masih seorang student, kita tetap ada tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar muslim,  bawakan nilai agama itu dalam hidup seharian kita, supaya orang lain boleh jadikan kita sebagai satu contoh ikutan. Kita cuba wujudkan biah hasanah yang org selalu sebutkan tu evetho tak banyak , dapat ubah sikit jadilah. Memang , Allah lahirkan semua orang takde yang perfect. Maksum. Bebas dosa . memang takde. Melainkan Rasulullah tu je.
dan sebab tu jugaklah, jangan pernah kita ego dengan diri kita, tolak nasihat semua orang. Hidup kita sebagai manusia ni , tak bleh lari dri nasihat dan tarbiyah. Jangan bila ada orang nasihat sikit,
"Kau senyap ah doo, hidup kau pun macam yahudi. ada hati nak tegur aku."
dll.

 Kelebihan dan kekurangan yang Allah bagi pada kita, kita gunakan sebaik mungkin. Semua orang ada kelebihan, dan kekurangan masing masing.
                dan jangan pernah sekali menafikan apa yang Allah bagi kat kita dan apa yang orang lain ada , kita takda. Usaha!  Apa yang orang ada , tapi kita takda, kita sendiri kena cuba usaha dan dapatkan mcamtu. Tak payah nak salahkan Allah, kenapa aku tak dpt itu ini, sebab memasing dah ada bahagian masing masing dah. Cuma. Jangan lupa doa, usaha , tawakkal dan ikhtiar tu. Itu ja.
dan Allah tahu , bila waktu yang sesuai nak bagi tu.

Bak kata  pepatah Arab, ‘man jadda wa jada’,
 maksud? Cari sendiri. Haha

dan satu lagi pepatah yang aku sangat suka yang aku amik dri lecture , dri movie Laskar Pelangi,

 “Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyak nya, bukan menerima sebanyak-banyaknya.”

Done. Wasalamalaik. Maaf salah silap.


dan . selamat maju jaya aku creditkan entri ni kat member-member aku yang struggle hidup dia untuk pakai uniform putih.